assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 24 januari 2010 yang lalu , Kelab Remaja JIM KL dengan kerjasama KRJ JIM BATU telah berjaya mengadakan BEST siri yang pertama. BEST kali ini diadakan di Sekolah Islam ADNI dan telah dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Antara pengisian yang telah disampaikan dalam BEST ini ialah Liat-liat Solat, Takhsin Solat 1 & Get Set Go.

Aktiviti pertama iaitu Liat-Liat Solat telah dikendalikan oleh abang bai, pelbagai acara & permainan motivasi telah diterapkan di dalam slot ini,antara lain adalah untuk memecahkan ice antara peserta. Kemudian diteruskan dengan slot kedua iaitu takhsin solat yang telah disampaikan oleh Ustaz Zubir dari Sek Islam ADNI KL. kaedah penyampaian yang santai & bersahaja, dibantu pula oleh audio-visual yang menarik telah menjadikan slot takhsin solat sebagai satu slot kegemaran para peserta. akhirnya peserta disajikan pula dengan slot motivasi Get Set Go oleh En. Hafiz Bai sehingga program tamat.

Pihak penganjur merasa amat bersyukur dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak semasa melaksanakan program BEST ini. InsyaAllah, BEST siri kedua akan menyusur pada 28 Februari 2010 dengan sambungan takhsin Solat 2 & beberapa lagi acara tambahan yang menarik. Usaha ini adalah sebahagian dari usaha untuk memastikan para remaja di KL ini mempunyai platform untuk terus bersama dalam persekitaran yang baik & bersih.

sekian.



Mohd Hafiz Abd Hamid
Pengarah KRJ KL

Categories:

1 Response for the "BEST !! BEST !! BEST !! - Siri 1 - selesai sudah"

  1. Unknown says:

    bestnya BEST.

Post a Comment

Followers