Kelab Remaja JIM

Posted by Bee Family On 7:43 PM 4 comments

Berkenaan Kelab Remaja JIM

Kami adalah sebuah cabang dari Jamaah Islah Malaysia yang khusus memerhatikan ruang lingkup remaja. Kami bekerja ke arah mencapai wawasan "Remaja Soleh Wamusleh."

Kami mahu remaja di Malaysia bukan sekadar menjadi remaja yang baik, malah mempunyai keupayaan dan keberanian untuk menjadi pemangkin perubahan dalam masyarakat ke arah yang yang lebih baik.
Pengenalan

Remaja - Radikal, emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak khidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yag ditubuhkan pada 1990 telah meletakkan agenda remaja sebagai satu agenda yang penting. Kelab Remaja JIM (KRJ) telah ditubuhkan pada 1993 secara khusus untuk menjadi wadah pilihan remaja untuk bergerak meningkatkan potensi remaja, menimba ilmu, menambah kemahiran dan terus berupaya bukan sahaja menjadi insan soleh tetapi turut menjadi musleh, menjadi ejen kepada perubahan. Kini KRJ telah dipimpin dan digerakkan olh remaja yang telah dididik oleh KRJ pada era 90-an.

Untuk menggerakkan aktivisma remaja di seluruh Malaysia, KRJ diwujudkan di peringkat Negeri dan Daerah. Di peringkat nasional, KRJ berada di bawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia JIM Pusat (JKPRB); diketuai oleh Pengarah KRJ Negeri di peringkat negeri dan Pengurus KRJ Daerah di peringkat daerah.

Pembinaan remaja yang berakhlak tinggi, bertaqwa, soleh dan musleh adlaah satu usaha yang diberi tumpuan utama disamping perlaksanaan program yang mematuhi syariat Islam. Bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang dan berterusan adalah dititikberatkan. KRJ juga amat bersedia untuk memberi kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membangunkan agenda remaja. KRJ telah pun melaksanakan agenda ini dengan Jabatan Kerajaan, Badan NGO, sekolah dan masjid, dan agenda ini akan diteruskan.
Misi

Misi KRJ adlaah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, bertaqwa, "soleh wa musleh", berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang dan berterusan.
Objektif

Bagi mencapai misi KRJ, beberapa objektif umum telah digariskan seperti berikut:

1. Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan.
2. Membina generasi remaja yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.
3. Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri.
4. Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik.

6. MOTTO

” Remaja Mithali : Tunggak Kepimpinan ” ( lama )

” Ke Arah Remaja Soleh wa Musleh ” ( baru )

7. Program – Program Kelab Remaja JIM

  • Keindahan Bersama Mu ( KBM )
  • Xkspedisi Remaja Kental ( Xrek )
  • Ekspedisi Remaja Pemimpin Tahan Lasak ( XPERT )
  • Latihan Ekstensif Dakwah & Kepimipian Remaja Soleh wa Musleh ( LEADERS )
  • Kem Generasi Ku
  • Remaja Raikan Ramadhan ( 3R )
  • Ekspedisi Gunung Jerai
  • Anda bijak jauhi zina
  • Meniti usia Baligh
  • Masjid Mesra Remaja
  • Blogging Style aku
  • Pertandingan Nasyid
  • Sukan Remaja ( SuRE )
  • DOBI Remaja ( dakwah Orang Belum Islam )
  • BEST
  • Program Kepimpinan Remaja ( PAKAR )
  • dan banyak lagi.....


Followers